Kamis, 16 Februari 2012

PERI BAHASA

  • Adat yang kawi, syarak yang lazim.

Takrif

Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. (Bandingkan dengan: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). kawi = kuat, sakti.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

  • Hukum yang rata, adat yang datar.

Takrif

Sesuatu yang sama baiknya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

  •  
  • Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda.

Takrif

Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

  • Adat memakai, syarak mengata.

Takrif

Adat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

  • Cupak berkeesaan.

Takrif

Keadilan hukum baru bisa (boleh) diperoleh apabila sudah cukup keterangan atau pemeriksaannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

  •  
  •  
  • Zaman beralih, musim bertukar.

Takrif

Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

  •  
  • Yang untut lain, yang mengensot lain.

Takrif

Yang salah lain, yang kena hukum lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

  •  
  • Karam berdua basah seorang.

Takrif

Dua orang berbuat salah, seorang saja yang kena hukum.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

  •  
  • Alim biasa menghukum syarak.

Takrif

Hanya orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

  •  
  • Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah.

Takrif

Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Tidak ada komentar: