Kamis, 16 Februari 2012

PERI BAHASA

  • Adat yang kawi, syarak yang lazim.

Takrif

Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. (Bandingkan dengan: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). kawi = kuat, sakti.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

  • Hukum yang rata, adat yang datar.

Takrif

Sesuatu yang sama baiknya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

  •  
  • Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda.

Takrif

Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

  • Adat memakai, syarak mengata.

Takrif

Adat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

HUKUM DM

Hukum DM

ialah rumus dalam tatabahasa yang bermaksud D= diterangkan dan M=menerangkan. Dalam Tatabahasa Melayu, yang diterangkan disebut/ditulis dahulu sebelum yang menerangkan, contoh rumah baharu, kereta besar dan lain-lain. Bagi contoh hal-hal lain, yang diterangkan ialah "hal-hal" manakala yang menerangkan ialah "lain". Untuk keterangan yang lebih lanjut boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 354.