Minggu, 31 Maret 2013

Frasa Sendi Nama

FRASA SENDI NAMA

► Unsur pengisi FSN ialah kata kata sendi dan kata nama.
► Unsur lain seperti kata nama arah, ayat komplemen dan
keterangan merupakan pilihan sahaja.
► Kata sendi nama hanya hadir di hadapan kata nama/frasa nama.
► Contoh: di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi
hingga, oleh, dengan, tentang, terhadap, sampai, dalam…


BINAAN FRASA SENDI NAMA

► KSN + FN
► KSN + (KNA) + FN
► (kb) + KSN + (KNA) + FN + (AKomp)
► (kb) + KSN + (KNA) + FN + (Ket)


BINAAN FRASA SENDI NAMA

► KS + KN :
di rumah, ke bandar raya, dari Terengganu, daripada UPM,
kepada ibu bapa, hingga dini hari, tentang persoalan itu, bagi
orang seberang…

► KS + (KNA) + KN:

di dalam seluar, di luar kawasan, ke hadapan menteri, dengan
belakang cangkul, untuk manca negara…


► (kb) + KSN + (KNA) + KN + (AKomp):

mesti ke gunung Tahan untuk mencari calon isteri, sudah di
dalam bilik supaya dapat mempersiap diri…

(kb) + KSN + (KNA) + KN + (Ket)

► Susunan biasa:
> sudah ke dalam kelambu sejak pukul 9 malam
> masih di pinggir kali sejak malam kelmarin.
> masih di atas pangkuan isterinya pada setiap senja.

► Susunan songsang:
> Sejak pukul 9 malam, pengantin itu sudah ke dalam kelambu.
> Sejak malam kelmarin, mahasiswa itu masih di pinggir kali.
> Pada setiap senja, Ali di atas pangkuan isterinya.


KEDUDUKAN FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

► Dalam ayat, FSN berperanan sebagai:
* Predikat
* Keterangan: - keterangan frasa kerja
-keterangan frasa adjektif
-keterangan frasa nama

FSN SEBAGAI PREDIKAT

► …konstituen yang hadir selepas subjek dalam
ayat yang mempunyai sususan yang biasa.
► Mereka ke sawah setiap pagi
► Hadiah itu untuk pelajar yang terbaik
► Surat itu daripada ibu tersayang
► Kain itu daripada benang sutera

FSN SEBAGAI KETERANGAN FRASA KERJA

► …boleh mendukung beberapa makna keterangan masa,
tempat, bandingan, tujuan, hal, penyertaan dan alat
► Kereta api bertolak pada pukul lima pagi. (masa)
► Dia berbicara tentang perkara itu. (hal)
► Budak-budak itu berehat di bawah pokok. (tempat)
► Saya datang dengan isteri. (penyertaan)
► Bapanya memukul ular itu dengan kayu. (alat)
► Pembahas itu bercakap seperti murai.(bandingan)

FSN SEBAGAI KETERANGAN FRASA NAMA

► boleh mendukung beberapa makna keterangan masa,
tempat, pembuat, sumber, asal dan tujuan.
► Rumah-rumah di bandar tidak semuanya besar. (tempat)
► Panggilan telefon untuk ayah itu datang dari Singapura.(tujuan)
► Itu sejenis pakaian pada zaman kerajaan Melaka. (masa)
► Kain daripada sutera mahal harganya. (asal)
► Sumber bekalan air penduduk Singapura adalah dariJohor. (sumber)
► Lukisan oleh Ibrahim telah memenangi hadiah pertama.(pembuat)

FSN SEBAGAI KETERANGAN FRASA ADJEKTIF

► boleh mendukung beberapa makna keterangan
bandingan, tujuan, hal, dan masa
► Budak itu kurus seperti lidi (bandingan)
► Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran.(hal)
► Mereka bingung pada mulanya. (masa)
► Pekerja-pekerja harus cekap demi ketinggian hasil
pengeluaran . (tujuan)

PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM

►…dalam penggunaan sesuatu FSN dalam ayat, dua
KSN yang serupa boleh digabungkan dengan
menggunakan kata hubung …dan, atau, tetapi
► Serangan itu datang dari dalam dan dari luar kota
► Cahaya laser itu menuju ke kiri atau ke kanan
bangunan.
► Ia makan dengan Ali atau dengan Ahmad ?
► * kecuali dalam penggunaan KSN tetapi, kata nafi bukan digunakan
sebelum KSN pertama dalam ayat
► Ali bukan ke Singapura tetapi ke Johor
►…dalam penggabungan FSN dengan kata hubung
dan & atau KSN pada unsur kedua secara pilihan
boleh digugurkan
► Serangan itu datang dari dalam dan dari luar kota
► Serangan itu datang dari dalam dan luar kota
► Ia makan dengan Ali atau dengan Ahmad ?
► Ia makan dengan Ali atau Ahmad ?
► * kecuali dalam penggunaan KSN ke
► Cahaya laser itu menuju ke kiri atau ke kanan
bangunan. (/)
► Cahaya laser itu menuju ke kiri atau kanan
bangunan. (X)

►…KSN pada kedudukan unsur yang kedua tidak
boleh digugurkan dalam FSN setara yang tidak
menggunakan kata hubung
► Ia berjalan ke hulu ke hilir.
► Ia berjalan ke hulu hilir. (X)
► Keluarga itu berpindah dari bandar ke desa.
► Keluarga itu berpindah dari bandar desa. (x)
►…binaan FSN yang menggunakan KSN dari dan ke
tidak membenarkan pengguguran bentuk sesecara
berasingan. Jika digugurkan pada satu
bahagian FSN maka perlu juga digugurkan pada
FN yang kedua.
► Perkara itu diteliti dari semasa ke semasa.
► Perkara itu diteliti dari masa ke masa.
► Perkara itu diteliti dari semasa ke masa. (x)
► Perkara itu diteliti dari masa ke semasa. (x)
FSN boleh didahului oleh kata bantu seperti
contoh berikut
► Mereka akan ke dalam hutan untuk memburu
penjahat-penjahat itu.
► Sampan itu masih di tepi tasik.