A. Pendahuluan.
Bidang bahasa juga sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya. Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai sesuatu bahasa itu dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan juga penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.
Penggunaan teknologi malkumat dalam pengajaran bermaksud proses pengajaran yang melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar berunsurkan ICT dalam pengajaran bahasa. Contohnya penggunaan korpus berkomputer untuk mencari perkataan dan ayat yang berkaitan.
Penggunaan ICT telah dijadikan sebagai salah satu cabang yang sangat penting di dalam proses pengajaran serta pembelajaran di sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan peruntukan yang sangat besar dalam melaksanakan cita-cita ini. Ramai yang berpendapat bahawa kaedah ini banyak menyumbangkan kebaikan terutamanya ke atas kualiti bidang pendidikan. Namun begitu, ramai yang masih tidak menyedari dan masih kabur bahawa masih terdapat kekurangan serta masalah yang bakal timbul jika kaedah ini dilaksanakan.
Perkembangan pesat dalam teknologi multimedia dan teknologi internet membawa nafas baru dalam dunia pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Gabungan kedua- dua teknologi ini semakin merancakkan lagi penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan. Ini adalah kerana sejak kebelakangan ini penggunaan teknologi World Wide Web atau internet menjadi begitu dominan dalam kehidupan manusia. Penggunaan teknologi ini telah berkembang dengan pesat dalam sistem pendidikan negara samada di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:
i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.
iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.
B. PERNYATAAN MASALAH
Penggunaan komputer atau bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di bawa ke dalam dunia pendidikan. Oleh itu, terdapat kelemahan-kelemahan yang timbul akibat daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan. Justeru itu, kita tidak dapat lari dari membincangkan permasalahan dalam proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa.
Namun begitu, harus diingat bahawa kecanggihan peralatan serta perisian TMK tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya tidak dapat digunakan untuk menggalakkan, memudahkan, mempercepatkan serta memantapkan proses pembelajaran.Pun begitu, tidak ada maknanya mudah dan cepat kiranya tidak membantu dalam perkembangan dan pemantapan ilmu yang bermakna. TMK bukan sekadar alat alternatif yang digunakan mengikut peredaran masa (daripada analog atau bahan bercetak kepada digital) tetapi untuk tujuan perkembangan ilmu dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar (real world problems) dan membuat keputusan sebenar (real decision making).
Dari segi permasalahan pula, secara kasarnya, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu:-
1. Antaranya adalah masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan. Guru juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan.
2. Pelajar juga kurang berminat menggunakan komputer dalam pengajaran bahasa. Komputer yang digunakan di sekolah juga sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi.
3. Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah. Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran.
4. Terdapat guru bahasa yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain.
Ini adalah alasan yang sering dikemukakan oleh guru dan pelajar. Oleh itu, kita perlu melihat perkara ini dengan lebih teliti dan memfokuskan permasalahan ini dari segi penerimaan dan kemahiran guru serta kemudahan yang disediakan untuk mereka.
a) Penerimaan guru terhadap teknologi maklumat
Jika dilihat secara teliti,penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama berkidmat dalam dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternative kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.
Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.
b)Kemudahan teknologi yang tidak mencukupi
Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancer. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah- sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian
c) Tahap kemahiran guru dalam teknologi maklumat
Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru-guru. Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan alat teknologi maklumat seperti melalui komputer, internet dan sebagainya.
Kita perhatikan bahawa, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu perkara, oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah terdapat beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT, oleh itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya di kalangan pelajar.
Kini ada di kalangan pelajar serta murid-murid kita, ada yang telah jauh lebih maju dalam penggunaan komputer berbanding sesetengah guru. Guru, selaku penyumbang ilmu kepada pelajar serta murid-murid perlu meningkatkan profesionalisme mereka untuk membolehkan pengajaran berjalan dengan lebih lancar, meluas, mudah serta berdaya saing dengan cuba sedaya upaya mengamalkan pengintegrasian TMK ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini boleh dilakukan dengan membina bahan-bahan sokongan sendiri atau mengintegrasikan penggunaan Internet dalam pelajaran.Saksikan video mengapa guru perlu meningkatkan keupayaan kita dalam TMK?
C. CARA MENGATASI
Untuk mengatasi masalah-masalah ini, terdapat beberapa cara berdasarkan
peranan semua pihak.
peranan semua pihak.
a) Peranan Guru
Guru ICT selalu dikaitkan dengan guru yang mengajar mata pelajaran ICT di sekolah seperti mata pelajaran ICT Tingkatan 4 dan 5 serta program ICTL sekolah menengah dan sekolah rendah. Guru ICT juga dianggap guru yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ICT dan mempunyai kelulusan peringkat ijazah atau pun pernah mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan ICT.
Guru ICT biasanya diberi tanggungjawab serta dilantik jawatan seperti Penyelaras Makmal Komputer Sekolah dan Guru Data. Tanggungjawab Penyelaras Makmal Komputer Sekolah ialah mengatur penggunaan makmal komputer di sekolah dengan menyediakan jadual penggunaan makmal komputer oleh guru dan pelajar, menyelenggara peralatan ICT seperti melaporkan kerosakan atau membuat kerja baik pulih.Peranan guru ICT di sekolah merangkumi tiga aspek utama iaitu penggubal pembelajaran, fasilitator pembelajaran dan pengurus pembelajaran.
1. Pembelajaran
Guru ICT penting dalam menangani penggubalan pelajaran dengan melibatkan pelajar menggunakan aplikasi komputer yang lazim ditemui seperti hamparan elektronik dalam kumpulan kecil. Di samping itu, pelajar juga diwajibkan mengutip data sama ada secara dalam talian (online) atau melalui eksperimen atau sumber lain, memanipulasikan data, dan membuat refleksi ke atas penyelesaian.
Dalam persekitaran pembelajaran multidimensi yang berteraskan teknologi adalah keupayaan mencari, memperoleh dan menganalisis sumber maklumat. Oleh itu, guru perlu bijak menentukan pelajar belajar daripada pelbagai sumber dalam suasana yang penuh dengan maklumat seperti penggunaan Internet, CD ROM, perisian pendidikan dan sebagainya. Justeru itu dapat lah memupuk pelajar memiliki hard and soft skill dalam mengenal dan menggunakan teknologi terutamanya alatan teknologi baru.
2. Fasilitator Pembelajaran
Peranan guru perlu berubah daripada penyampai maklumat kepada fasilitator pembelajaran (Dufty & Jonassen, 1991). Guru ICT bukan sahaja memodelkan proses seperti bagaimana membina pelbagai medan (field) dalam pangkalan data tetapi juga memodelkan proses kognitif pemikiran yang diperlukan untuk mencapai tugasan pembelajaran. Dengan secara tidak langsung, pelajar dapat meningkatkan keupayaan penguasaan ilmu pengetahuan dan memupuk minat dan cintakan ilmu pengetahuan ICT.
3. Pengurus Pembelajaran
Komponen penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi adalah pengurusan yang berkesan. Sebagai Peranan guru ICT perlulah merancang jadual kitaran berkesan yang mengambil kira apa yang pelajar akan lakukan sebelum ke komputer, pada makmal komputer serta selepas menamatkan tugasan di komputer. Memperkukuh disiplin pelajar ketika berada di makmal komputer juga diambil kira seperti memantau pelajar layari web, muat turun (download), penjagaan alatan komputer dan sebagainya. Proses menyediakan jadual kitaran adalah kompleks data persekitaran pembelajaran multidimensi. Aspek kritikal guru sebagai pengurus adalah keupayaan guru menyelesaikan masalah teknikal yang timbul dalam proses pembelajaran.
Guru perlu menguji perisian dan perkakasan sebelum pelajaran bermula dan menjangka masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar. Guru juga perlu selesa dengan aplikasi yang akan digunakan oleh pelajar.Walau bagaimanapun, masalah ini boleh dikurangkan dengan menggunakan kepakaran komputer yang difahani oleh pelajar. Kaedah ini adalah gabungan peranan guru ICT sebagai pengurus dan fasilitator untuk menggunakan sumber terbaik yang ada untuk membentuk persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar.
b) Peranan Ibu bapa
Ibu bapa yang berkemampuan dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa digalakkan menyediakan komputer untuk kemudahan anak mereka untuk mendapatkan informasi terkini melalui internet kerana melalui media elektronik dan komunikasi ini mereka boleh mendapat berbagai-bagai pengetahuan , menambahkan ilmu pengetahuan dan tidak ketinggalan mendapatkan sesuatu ilmu yang pada ketika ini hanya dapat menerusi internet dengan mudah dan pantas.
Tidak ketinggalan juga dengan penglibatan ibu bapa terhadap teknologi, ibu bapa perlu peka perkembangan dan sambil itu membelajari ilmu teknologi supaya dapat membimbing dan mengawasi anak mereka daripada gejala tidak sihat dan negetif di internet. Pengawasan yang dilakukan seperti memantau , menepati masa dan memerhati ketika anak menggunakan internet. Ibu bapa digalakkan menggunakan kemudahan internet dalam Sosial network seperti twitter iaitu pertukaran idea dan mendapat maklumat sesama komuniti .
c) Peranan PIBG
Bagi hendak memperkembangkan penggunaan ICT di sekolah, guru dan ibu bapa menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Ini kerana sekolah juga perlu mempunyai persekitaran dan budaya menggunakan teknologi seperti makmal komputer , “sekolah perlu membuat perubahan dan pengubahsuaian agar sekolah dapat menempatkan pelbagai teknologi yang diperlukan oleh mereka , hendaklah dididik dengan sempurna bersesuaian dengan dunia kurun ke dua puluh satu nanti.”(Bowring-Carr,C)1999.
Perubahan kaedah dari segi teknologi di sekolah, ibu bapa juga perlu ikuti perkembangan sekolah bersama, supaya semua yang terlibat dapat memenuhi kehendak dan keperluan dalam sistem pendidikan pada masa kini. Dengan adanya kewujudan PIBG yang proaktif akan melahirkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru bagi membina kesefahaman mengenai tugas dan tanggungjawab bersama dalam membentuk pelajar modal insan yang berguna kepada masyarakat , bangsa dan negara.Pada masa yang sama, perkembangan teknologi pada masa kini, Ibu bapa perlu memantau dan membimbing anak-anak mereka secara tuntas dan berterusan dari segi penggunaan internet, chatting, penggunaan perisian dan sebagainya. Namun juga, ibu bapa perlu melengkapi pengetahuan dan maklumat mengenai perkembangan mutakhir dalam teknologi antara contohnya penggunaan sosial network.
Janaga (2003) mengatakan bahawa pendidikan merupakan satu keperluan yang amat penting untuk menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan. Pendidikan bukan sahaja dilihat sebagai mempunyai fungsi so sial dan moral, tetapi juga sebagai satu kcperluan ekonomi. Taraf pendidikan yang tinggi sering dikaitkan dengan pekerjaan, pendapatan, dan kedudukan sosial yang lebih baik.Penglibatan pelajar dan ibu bapa memainkan peranan penting untuk mewujudkan keluarga keprihatinan.
d) Peranan Kerajaan
Kerajaan memberikan kesedaran dalam penggunaan komputer untuk mempercepatkan penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mahathir Mohamad telah melancarkan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1977. Kerajaan juga memastikan setiap sekolah, mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer yang cukup kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.
Selain itu juga, kerajaan perlu menyediakan kursus teknologi maklumat
untuk guru-guru yang bakal mejadi tenaga pengajar di sekolah sama ada di universiti ataupun menulis satu sinopsis tentang bahan -bahan yang ada pada laman yang diperolehi untuk dikongsi dengan rakan yang lain. Pelajar berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama atau dari sekolah yang lain melalui e-mail untuk mengongsi maklumat yang ditemui sama ada untuk tujuan perbincangan atau memberi cadangan pelaksanaan tugasan /projek . Maklumat ini disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain. Misalnya dalam pautan e-mail Pelajar dan Cadangan Pelajar.
untuk guru-guru yang bakal mejadi tenaga pengajar di sekolah sama ada di universiti ataupun menulis satu sinopsis tentang bahan -bahan yang ada pada laman yang diperolehi untuk dikongsi dengan rakan yang lain. Pelajar berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama atau dari sekolah yang lain melalui e-mail untuk mengongsi maklumat yang ditemui sama ada untuk tujuan perbincangan atau memberi cadangan pelaksanaan tugasan /projek . Maklumat ini disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain. Misalnya dalam pautan e-mail Pelajar dan Cadangan Pelajar.
e) Peranan Masyarakat
Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT. Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Sekolah harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.
D. PENUTUP
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak- kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar