Minggu, 12 Juni 2011

Apakah PPBK ?

PPBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa cirri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisian PPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian PPBK yang dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran. Antaranya ciri-ciri perisian yang baik adalah seperti mesra-pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu member maklum-balas kepada pengguna, kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benar-benar tercapai, tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan.
Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestilah tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak disampaikan sebaik- baiknya ringkas dan menarik ersembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan pembelajarannya. Butang-butang navigasi yang digunakan melancarkan rekabentuk antaramuka perisian.

Pengenalan PPBK

PENGENALAN

Corak pendidikan masa kini semestinya sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Konsep-konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada penggunaan teknologi semakin mendapat perhatian institusi-institusi pendidikan di Malaysia terutamanya selepas tahun 1993 apabila Kementerian Pendidikan dan MIMOS bekerjasama memperkenalkan satu perisian yang dinamakan ComIL.

Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dikalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer atau PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek.. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.

Kesimpulannya, PPBK ialah perisian yang bercirikan pendidikan yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta
menerima maklumbalas darinya. Apabila cara pendidikan yang konvensional diganti
dengan cara yang lebih moden, seperti PPBK ini, semestinya ia haruslah dapat memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan
produktif

Senarai nama Kelas 3A

IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI PETANI, KEDAH
KURSUS PGSR AMBILAN NOVEMBER 2009
B210M0000C – BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH
TUTOR: TN HJ IBRAHIM B BAKAR

Bil Nama No. K/P
1 ABDUL MALEK BIN SHAMSUDDIN 660815086321
2 KU AZMAN BIN KU MAJID 670208065165
3 MAHMAD ZAINI BIN NORDEN 670630026081
4 MANSOR BIN MOHAMAD 671112025235
5 MOHAMAD AZIZI BIN ISMAIL 710926075759
6 MOHD RASHID BIN ADALAN 680223085489
7 MOHD SHARIFDDIN BIN MAT SHARIP 670429085995
8 MOHD SHOKRI BIN AHMAD 670529025201
9 ROZALI BIN DARUS 661202095043
10 SEBERI BIN ISMAIL 660503025159
11 ZULKEFLEE BIN ARSHAD 661223075519
12 ZULKIFLI BIN HARUN 670222085939
13 HAJJAH MAZANA BT ISMAIL 660901085798
14 JUNAIDAH BT ZAINAL ABIDIN 650607085544
15 NABILAH BT ABDUL HAMID 651126025430
16 NOOR FIJAH @ NORFIZAH BT DIN 670520075296
17 NORAINI BT ABDULLAH 710801095094
18 NORANI @ NORAZIZAH BT ADENAN 670513715048
19 NORHAYATI BT HUSIN 650526075002
20 NORLIAH BT MAT DARI @ MAT DIN 670823105202
21 RABIATUL ADAWIYAH BT ABDUL RAHMAN 731029025340
22 RAZIAH BT SAHARI 650922107168
23 ROGAYAH BT JAAFAR 670526085268
24 ROSLIZA BT RAMLI 701225085220
25 ROZANA BT MOHD YUSOF 660113086386
26 RUZIANA ROSNI BT ZAKARIA 710513085852
27 SALMAH BT YAHAYA 651201086250
28 SHAIDAH BT DAUD 650806075242
29 SITI AISHAH BT ABDULLAH 720721085418
30 ZAMHARIRAH BT HJ ADAM 660711086298

TAJUK 11 P&P BERBANTUKAN KOMPUTER

VIDEO

Kamis, 02 Juni 2011

TAJUK 3 -Etika berinternet

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET


Penggunaan Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk:

  1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.
  2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
  3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
  4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim pyramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.
  5. E-mel
5.1 Menghantar iklan yang tidak dikehendaki ( unsolicited advertisement/ spam ) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan ( deceptive marketing).
5.2 Melakukan pengeboman e-mel ( mail bombing), iaitu secara sengaja membenjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar.
5.3 Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita ( newsgroup ). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam.
5.4 Memalsukan e-mel ( forged header ) bagi tujuan mengelirukan penerima.
5.5 Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.
5.6 Menceroboh ( hacking ) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerohohan:
a)     Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.
b)     Menghalang identity pengesahan pengguna atau cirri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian milik orang lain.
c)     Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host ( to crash the host ).
5.7 Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.
5.8 Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian ( network monitoring ) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.


 
 Etika Penggunaan E-mel(1)

·         E-mel adalah alat untuk komunikasi rasmi jabatan dan semua pengguna mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan sumber ini dengan betul, cekap, berkesan, beretika dan berbudi bahasa pada sepanjang masa dan keadaan.

·         Semua akaun e-mel di dalam sistem e-mel jabatan adalah hakmilik jabatan

·         dan bukannya individu serta jabatan mempunyai hak untuk mengawasi dan memantau sebarang penggunaan akaun e-mel.

·         Semua pengguna baru diwajibkan mengisi borang permohonan e-mel sebanyak 2 salinan dan perlu mendapat sokongan dari Ketua Bahagian / Cawangan atau Sektor masing-masing.

·         Pengguna bertanggungjawab bagi memaklumkan kepada pentadbir e-mel sekiranya bercuti panjang atau berkursus panjang atau akan bertukar keluar dari JPA. Akaun e-mel yang didapati tidak digunakan atau tidak aktif lebih daripada 30 hari secara berterusan akan dihapuskan terus dari sistem e-mel jabatan.
·         Pengguna tidak dibenarkan menyimpan e-mel di server e-mel jabatan (bagi yang menggunakan client outlook express dan Microsoft outlooks) kecuali pengguna yang telah dibenarkan berbuat demikian. Semua e-mel perlu dimuat turun ke local disk di PC masing-masing dan mana-mana kotak e-mel pengguna di pelayan (server) yang didapati bersaiz besar melebihi dari 20MB akan dikosongkan tanpa notis.
·          Bagi para pengguna yang mencapai e-mel menggunakan web mel perlu membuat penyenggaraan kotak e-mel sendiri agar tidak melebih kuota 20MB.
·         E-mel jabatan tidak boleh disalahgunakan bagi penyebaran atau memperolehi sebarang bahan berunsur fitnah, seks, perkauman dan lain-lain yang menyalahi undang-undang.
·         E-mel adalah satu kemudahan dan sepatutnya digunakan dengan penuh tanggungjawab. Tujuan utama sistem e-mel jabatan adalah untuk kemudahan komunikasi rasmi namun tujuan kegunaan sendiri adalah dibenarkan jika          ianya adalah wajar dan tidak menjatuhkan imej jabatan, bukan untuk kepentingan peribadi, tidak menyumbang ke arah yang tidak berguna dan tidak menganggu produktiviti urusan kerja seharian.
·         Jangan menghantar salinan mesej kepada orang lain yang tidak memerlukannya terutama kepada kumpulan e-mel jabatan (email groups). Ini akan membebankan sistem e-mel jabatan terutama sekiranya mesej mempunyai lampiran yang banyak dan bersaiz besar.
·         Jangan melampirkan fail melainkan ianya benar-benar diperlukan. Semua lampiran menggunakan format .exe, .com dan .bat tidak dibenarkan kerana format ini akan memudahkan penyebaran virus.
·         Penerimaan e-mel dari yahoo.groups, google.groups dan kumpulan e-mel Internet lain, melalui sistem e-mel jabatan adalah disekat. Pengguna boleh menggunakan e-mel percuma lain bagi mendaftar dan menggunakan kemudahan ini.
·         Semua e-mel yang telah diimbas dan dikenalpasti sebagai spam atau bervirus atau tidak dibenarkan oleh sistem SOPHOS puremessage jabatan akan disekat atau dihapuskan dari dikirim atau diterima.
·         Hadkan saiz dan bilangan fail yang ingin anda lampirkan ke dalam mesej(jangan terlalu besar). Semua e-mel (termasuk lampiran) tidak boleh melebihisaiz 10 MB, bagi mengelakkan serangan e-mel bombing atau penafianperkhidmatan ke atas sistem e-mel jabatan.
·         Peraturan Asas bagi Pengurusan E-mel yang baik :-
o   Pengurusan kandungan dan penyenggaraan kotak mel pada computer masing-masing adalah menjadi tanggungjawab pengguna sendiri.
o   Periksa mailbox anda sekurang-kurangnya sekali sehari kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan atau tidak dapat dielakkan.
o   Baca semua mesej e-mel baru dan berilah perhatian kepada priority (keutamaan) mesej yang dilabelkan (sekiranya ada) oleh pengirim mesej tersebut.
o   Membalas mesej secepat mungkin terutamanya yang melibatkan para pelanggan jabatan (seperti pelajar, pesara, penjawat awam, agensi awam dan swasta) serta membuat anggaran untuk membalas mesej dalam waktu yang sepatutnya.
o   Jangan biarkan mesej bertambah di dalam folder inbox anda. Anda mungkin terlepas pandang mesej yang lebih utama yang tersorok di antara yang lama ataupun mesej-mesej yang sudahpun dibaca. Sebaiknya buatlah folder-folder berasingan yang khusus dan  bersesuaian serta memindahkan mesej-mesej tersebut ke folder berkenaan untuk rujukan di masa depan.
o   Mesej-mesej yang tidak diperlukan hendaklah dihapuskan terutamanya yang mempunyai lampiran di mana ini dapat menjimatkan ruang storan di komputer anda.
o   Memadamkan mesej yang tidak berkaitan sebaik sahaja anda menerimanya terutamanya spam dan e-mel bervirus.
o   Membuka folder Sent Items sekurang-kurangnya sekali seminggu dan memadamkan salinan mesej-mesej lama yang telah berjaya dikirim sekiranya tidak lagi diperlukan.
o   Sentiasa memastikan buku alamat anda dikemaskini.
·         Keselamatan e-mel
o   Lindungi sebarang maklumat terperingkat (rahsia, sulit, terhad dan sensitif) yang dihantar melalui e-mel. Antara kaedahnya ialah dengan menggunakan teknik penyulitan (encription) atau katalaluan.
o   Simpan salinan mesej yang penting terutamanya lampiran.
o   Jangan menghantar e-mel kepada seseorang dengan mengunakan akaun penguna dan katalaluan orang lain melalui apa cara sekalipun.
o   Anda adalah dilarang menggunakan cara-cara tertentu untuk menyamar sebagai penghantar e-mel yang sah. Hubungilah pengendali email dengan segera jika anda mengesan atau mengesyaki alamat e-mel anda telah disalahgunakan oleh orang lain atau berlakunya kes penyamaran alamat e-mel. Pentadbir e-mel akan mengambil langkah keselamatan dan pengesanan yang perlu untuk mendedahkan identiti penyamar dan emastikan kejadian itu tidak berulang.
o   Simpan katalaluan secara sulit dan hendaklah diubah dari semasa ke semasa melalui penggunaan sistem web mel.
o   Anda hendaklah sentiasa mengimbas fail dalam kotak mel dengan perisian antivirus. Berwaspadalah kerana e-mel adalah cara paling mudah untuk menghantar virus dari sebuah komputer ke computer yang lain. Anda juga hendaklah mempastikan fail yang akan dihantar melalui ampiran (attachment) bebas dari virus. Jika tidak, dengan cara tidak sengaja anda mungkin telah menyebabkan virus itu merebak dengan meluas dan merumitkan langkah-langkah pembaikan.
o   Jangan daftarkan diri anda menggunakan e-mel rasmi jabatan dalam senarai e-mel, kumpulan perbincangan, muat turun, pendaftaran di internet yang menyebabkan anda menerima sejumlah e-mel berbentuk komersil, porno dan lain-lain yang tidak diundang dengan banyak pada setiap hari (e-mel spam). Jika berlaku demikian, hubungi pentadbir e- mel untuk dibuat sekatan di gateway melalui sistem anti-spamming


Etika menggunakan email (2)

a. Akaun mel-e adalah bukan hak mutlak seseorang
b. Gunakan akaun atau alamat mel-e persendirian anda sahaja
c. Rahsiakan nama pengenalan dan katalaluan
d. Di larang menyamar sebagai penghantar mel-e yang sah
e. Maklumkan kepada pentadbir mel-e jika bercuti panjang

Kotak Mel
a. Kemudahan mel-e hendaklah digunakan secara aktif.
b. Menghadkan jumlah mel yang harus disimpan dalam kotak mel.
c. Sentiasa mengimbas fail dalam kotak mel dengan perisian anti-virus.
d. Berwaspadalah ketika menghantar atau menyimpan mel dalam kotak mel
e. Amalkan penggunaan buku alamat (address book)


BROSUR